Pada 1 Ogos 2010 (Ahad), telah berlangsung buat julung kalinya perhimpunan Hari Pengakap Sedunia bertempat di SK Bekenu Sibuti. Acara dimulakan dengan Laung Agong dan selepas itu disusuli oleh program Pengakap Kanak-Kanak dan Remaja. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Sukaneka, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Lintas Hormat, Pertandingan Memasak, Pertandingan Membina Model Gajet dan sebagainya.
Sebanyak 25 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah dari sekitar Daerah Bekenu, Subis, Miri dan Lambir telah mengikuti perhimpunan berkenaan. Jumlah sekolah yang banyak bukan sahaja menyemarakkan suasana pada hari tersebut tetapi juga memberi makna kepada aktiviti kepengakapan di daerah ini. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ahmad Lai Bin Bujang, Ahli Parlimen P218 Bekenu. Puan Rosey Binti Yunus, ADUN N61 Bekenu juga turut hadir sama dalam majlis gilang-gemilang tersebut.
JK Induk Program Hari Pengakap Sedunia ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Acara penutupan telah disempurnakan oleh En. Marni dari IPGM Miri disusuli dengan upacara penyampaian hadiah bagi para pemenang.
Kita berharap, dengan berjayanya pelaksanaan program ini, dapat memberi semangat untuk semua pemimpin pengakap bergiat aktif dalam aktiviti seterusnya nanti.
Salam 1pengakap kepada semua...
No comments:
Post a Comment