Tuesday, August 31, 2010

Bertemu Di Laman Maya

Salam 1pengakap, Salam 1Malaysia, salam perpaduan kepada semua.  Syukur ke hadrat ilahi kerana kita bertemu buat pertama kalinya di laman maya, di laman blog yang baru sahaja kita bina untuk menyebarluaskan lagi maklumat-maklumat terkini tentang perjalanan serta perkembangan aktiviti Persatuan Pengakap Daerah Bekenu & Subis.

Kita bersyukur kerana pada tahun ini, Persatuan Pengakap Daerah kita di bawah pimpinan Pn Fauziah dan Tuan Raphael Tiong Mee Cheng telah melangkah dengan berani, merancakkan semula aktiviti kepengakapan di daerah Bekenu dan Subis.

Laman blog ini dibina untuk memberi ulasan, laporan, informasi dan juga berita terkini tentang aktiviti dan program yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Kita amat berharap, para pemimpin pengakap dan ahli pengakap Daerah Bekenu & Subis dapat memanfaatkan sepenuhnya ruang maya ini untuk berinteraksi secara sihat dan membina untuk memastikan maklumat yang disampaikan diterima dan mendapat maklumbalas dari pihak tuan/puan.

Akhir kata, bersamalah kita memeriahkan ruangan blog ini dan seterusnya mendapat faedah daripadanya.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN'

RAMLEE BIN KAMIS
Penolong Pesuruhjaya Daerah Bekenu
(Bahagian Pengakap Kanak-Kanak & Publisiti)

No comments:

Post a Comment