Monday, August 30, 2010

Kelulusan Menjalankan Aktiviti Pengakap Anjuran Pengakap Daerah Bekenu 2010

Surat JPS(W)/SPPK(KK)/153/05/04/02/Jilid 3(39) bertarikh 21 Julai 2010 adalah merujuk kepada perkara tersebut di atas.  Kita bersyukur kerana jabatan kita tiada halangan ke atas usaha kita menganjurkan program dan aktiviti kepengakapan yang telah dirancang.

Walaubagaimanapun, penyertaan murid adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

1.  Mendapat persetujuan daripada Guru Besar/Pengetua sekolah berkenaan

2.  Kebenaran secara bertulis daripada ibu bapa/penjaga mesti diperoleh

3.  Penyertaan murid adalah atas dasar sukarela dan tiada paksaan

4.  Keselamatan dan kebajikan murid hendaklah diutamakan dan menjadi tanggungjawab pihak penganjur

5.  Tindakan kawalan dan pencegahan berkaitan penyakit H1N1 diberi perhatian yang serius

6.  Semua kos yang terlibat ditanggung oleh pihak Persatuan Pengakap Daerah Bekenu serta tiada implikasi kewangan kepada pihak sekolah serta Jabatan Pelajaran.

7.  Pihak sekolah juga diminta memastikan Surat Pelepasan Ibu bapa/Penjaga diperolehi dan SPI Bil.24/1998 KPM sebelum murid-murid menyertai program dan aktiviti berpengakap diperolehi dan dipatuhi.

No comments:

Post a Comment