Friday, September 17, 2010

Peserta Ekspedisi Merdeka Mendaki Bukit Kasut Taman Negara Niah pada 16/9/2010 (Khamis).

Peserta seramai 102 orang terdiri daripada Pengakap Daerah Bekenu, Subis, Lambir dan Piasau bersedia untuk memulakan ekspedisi.

Tuesday, September 7, 2010

Agihan Tugasan Untuk JK Induk Ekspedisi Bukit Kasut

1 Setiausaha

Pn Norjihan binti Rupni


Cik Suhana bt. Eneng

a. Menulis surat kepada SFC untuk memohon masuk percuma ke Taman Negara

b. Menulis surat makluman kepada Polis dan Bomba BatuNiah

c. Menyediakan surat tajaan

d. Menyediakan minit mesyuarat

e. Menyimpan semua dokumen dan filing

f. Menulis surat memohon ‘walkie-talkie’ & pembesar suara daripada Unit HEM, PPDS

2 Bendahari

En Mohd Farid bin Jamburi

a. Mengutip yuran penyertaan

b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan

c. Membuat pembayaran

d. Menyimpan semua resit

e. Membuat laporan kewangan

3 Kecergasan , Sukaneka&Kem Komanden Ekspedisi

1. En Sabribin Amin


2. En. Mohd Farid bin


Jamburi

a. Mengendalikan sesi memanaskan badan

b. Menyediakan aktiviti , permainan dan LDK

sepanjang program.

c. Memandu perjalanan Ekpedisi

4 Cenderamata&Sijil

1. Cik Hellen Paya Jok


2. Pn Salina binti Omar


3. CikSuhana bt Eneng

a. Menempah sijil daripada Taman Negara Gua Niah

b. Menyediakan dan menaip sijil penyertaan

c. Menempah & membuat cenderamata

5 Jamuan

1. Cik Rohayu bt Pauzi


2. Cik Wong Pik Sing


3. Pn Martina Sawai

a. Merancang menu jamuan

b. Menyedia dan menghidang jamuan

c. Mengemas, membersih dan menyimpan

alatan

6 Publisiti

1. En. Ramlee bin Kamis


2. En. Azrin bin Daud

a. Menyediakan banner lawatan

b. Mereka bentuk dan menempah T-shirt

c. Membuat hebahan melalui laman weblog Pengakap Bekenu & Subis/ bercetak

7 Kebersihan, Kebajikan&Keselamatan

1. En Robert a/k Adam


2. En M. Fadelan b Jusoh


3. En Mohd Fadil

4. En Bakir a/k Jantan

a. Membeli insurans TAKAFUL

b. Menyediakan peti pertolongan cemas

c. Membuat rawatan jika perlu

d. Mengawal disiplin sepanjang program

e. Memantau kebersihan sepanjang program

8 Peralatan

1.Ramlee Bin Kamis


2.Haslan Bin Wasli

a. Menyediakan tali dan heller

b. Menyediakan Bendera Pengakap

c. Menyediakan Bendera Malaysia

d. MenyediakanPisau

9 Dokumentasi

1. En Mohd Yunus Shahar


2.En. Suharto Hj. Sidek

a. Mengambil gambar dan video sepanjang aktivti dijalankan

b. Membuatdokumentasi tentang Gua Niah

c. Menyerahkan gambar dalam bentuk video

dan gambar digital kepada S/U program

10 Doa

1. Mohd Farid bin Jamburi

a. Menyediakan teks doa dan membaca doa

perjalanan, pendakian dan makan.

JK Induk Terkini Ekspedisi Bukit Kasut

Penaung :

Tuan Haji Ali bin Haji Mudin


PegawaiPelajaran Daerah Subis



Pengerusi :

PuanFauziah Binti Pata

Pesuruhjaya Daerah Bekenu



Penasihat :

EncikAffendi bin Edi

Penyelia Ko-kurikulum


PejabatPelajaran Daerah Subis



Tuan Haji AwangHamdan bin Abang Jas

Pen.PesuruhjayaPengakapNegeri Sarawak


(Tugas-tugasKhas)



Tuan Bee bin Li

Pesuruhjaya Kawasan Miri



Tuan Raphael TiongMee Cheng

Pesuruhjaya Daerah Subis



Penyelaras Bersama : En Nozfairoline bin Bujang& En. Danny a/k Manium

Timbalan Penyelaras : En. Suharto bin Sedik& En. Bakir a/k Jantan

Setiausaha : Pn. Norjihan binti Rupni

TimbalanSetiausaha : Cik Suhana bt. Eneng

Bendahari : En Mohd Farid bin Jamburi

Guru Pengiring : Semua guru yang menyertai ekspedisi

Kecergasan : En Sabri bin Amin (Kem Komanden)

                      En.Mohd.Farid bin Jamburi

Cenderamata : Cik Hellen Paya Jok

Jamuan : Cik Rohayu binti Pauzi

                Cik Wong Pik Sing

                Cik Martina Sawai

Publisiti : En. Ramlee bin Kamis

KebersihanKebajikan& Keselamatan : En Ronnie ak Jack

                                                                En Jesse Merayang

                                                                Cik Hellen Paya Jok

Dokumentasi : En. Suharto Bin Hj. Sidek

                          En.Mohd Yunus Shahar

Peralatan : En. Ramlee bin Kamis

                   En. Haslan bin Wasli

PembacaDoa : Mohd Farid bin Jamburi

Thursday, September 2, 2010

Mesyuarat Sempena Ekspedisi Mendaki Bukit kasut di Taman Negara Gua Niah, Miri

Surat PPMCS/BS/ADM/01/(16) Bertarikh 30 Ogos 2010 adalah dirujuk.  Mesyuarat diadakan di PKG Subis pada pukul 2.00 petang yang dihadiri oleh Pesuruhjaya Daerah Bekenu, Penyelaras Program dan AJK yang terlibat.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

a.kata-kata aluan pengerusi
b.Penabagian AJK dan bidang tugas
c.Hal-hal lain

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang.

JK Induk Ekspedisi Bukit Kasut

Penaung

Tuan Haji Ali Bin Haji Mudin
Pegawai Pelajaran Daerah Subis

Pengerusi

Puan Fauziah Binti Pata
Pesuruhjaya Daerah Bekenu

Penasihat

En. Affendi Bin Edi
Penyelia Ko-kurikulum
Pejabat Pelajaran Daerah Subis

Tuan Haji Abang Hamdan Bin Abang Jas
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak
(Tugas-tugas Khas)

Tuan Bee Bin Li
Pesuruhjaya Kawasan Miri

Tuan Raphael Tiong Mee Cheng
Pesuruhjaya Daerah Subis

Penyelaras Bersama

En. Nozfairoline Bin Bujang
En. Danny a/k Manium

Timbalan Penyelaras

En. Soharto Bin Sedik
En. Bakir a/k Jantan

Setiausaha

Puan Norjihan Binti Rupni
Cik Suehana Binti Eneng

Bendahari

En. Farid

Guru Pengiring

Semua guru yang menyertai ekspedisi

Kecergasan

En. Sabri Bin Amin

Cenderamata

Cik Helen Paya Jok

Jamuan

Cik Rohayu Binti Pauzi

Publisiti

En. Ramlee Bin Kamis

Kebajikan & Keselamatan

En. Robert a/k Adam

Dokumentasi

En. Mohd Yunus Shahar

Peralatan

En. Haslan Bin Wasli

Pembaca Doa

En. Azrim Bin Daud*

Program Ekspedisi Mendaki Bukit Kasut

Tema

1Malaysia Melalui Pengakap

Objektif Program

1.Memenuhi skema ujian lencana kemajuan dan lencana kepandaian

2.Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang sejarah dan geografi

3.Mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan seiring dengan slogan '1Malaysia'.

Anjuran

Persatuan Pengakap Bekenu & Subis

Keperluan

Uniform Pengakap (lengkap), Bendera Sekolah, buku nota, topi.

Tali Raffia (5m), keperluan peribadi, ubatan sendiri.

Pengangkutan

Sekolah masing-masing

Tentatif Program

0630
Bertolak ke Taman Negara Niah

0900
Pendaftaran

0910
Taklimat oleh Ketua Warden Taman Negara Niah

0930
Sesi Memanaskan Badan

0945
Ekspedisi Bermula

1210
Merarau & Rehat

1500
Lawatan ke Muzium Gua Niah

1600
Bersurai dan balik ke sekolah

Jemputan Menyertai Ekspedisi Mendaki Bukit Kasut Di Taman Negara Gua Niah, Miri

Surat PPMCS/BS/ADM/01/(15) bertarikh 30 Ogos 2010 adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pengakap Daerah Bekkenu & Subis akan menganjurkan program berkenaan seperti tersebut di bawah :

Tarikh      :  16 September 2010
Masa        :  6.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat    :   Taman Negara Gua Niah, Miri

Semua guru pengakap daerah Bekenu & Subis dijemput untuk menyertai program berkenaan.  Untuk maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi En. Nozfairoline Bin Bujang(Penyelaras Program merangkap Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pengakap Muda/Remaja daerah Bekenu) di talian 0145944454.

Harap Maklum.

Tuesday, August 31, 2010

Bertemu Di Laman Maya

Salam 1pengakap, Salam 1Malaysia, salam perpaduan kepada semua.  Syukur ke hadrat ilahi kerana kita bertemu buat pertama kalinya di laman maya, di laman blog yang baru sahaja kita bina untuk menyebarluaskan lagi maklumat-maklumat terkini tentang perjalanan serta perkembangan aktiviti Persatuan Pengakap Daerah Bekenu & Subis.

Kita bersyukur kerana pada tahun ini, Persatuan Pengakap Daerah kita di bawah pimpinan Pn Fauziah dan Tuan Raphael Tiong Mee Cheng telah melangkah dengan berani, merancakkan semula aktiviti kepengakapan di daerah Bekenu dan Subis.

Laman blog ini dibina untuk memberi ulasan, laporan, informasi dan juga berita terkini tentang aktiviti dan program yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Kita amat berharap, para pemimpin pengakap dan ahli pengakap Daerah Bekenu & Subis dapat memanfaatkan sepenuhnya ruang maya ini untuk berinteraksi secara sihat dan membina untuk memastikan maklumat yang disampaikan diterima dan mendapat maklumbalas dari pihak tuan/puan.

Akhir kata, bersamalah kita memeriahkan ruangan blog ini dan seterusnya mendapat faedah daripadanya.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN'

RAMLEE BIN KAMIS
Penolong Pesuruhjaya Daerah Bekenu
(Bahagian Pengakap Kanak-Kanak & Publisiti)

Dif Kehormat Sempena Perhimpunan Hari Pengakap Sedunia Daerah Bekenu/Subis 2010

Tn. Hj. Ali (PPD Subis), Tn. Hj. Ahmad Lai (YB P218), Pn. Rosey (YB ADUN N61), En. Marni (Wakil IPGM Miri) & En. Raphael Tiong Mee Cheng (Pesuruhjaya Daerah Subis); Terima kasih kasih kerana sudi hadir ke acara kali ini.

Perhimpunan Pengakap Sedunia Daerah Bekenu & Subis 2010

Perhimpunan Kumpulan Pengakap daerah Bekenu, Subis, Miri/Lambir

Monday, August 30, 2010

Mesyuarat Program Ekspedisi Mendaki Bukit Kasut & Program Pra-Jambori Bekenu Subis 2010

Surat PPMCS/BS/ADM/01/(14) bertarikh 25 Ogos 2010 adalah merujuk kepada perkara tersebut di atas.  Mesyuarat telah dijalankan di Dewan Makan SK Bekenu Sibuti pada pukul 8.30 pagi, 28 Ogos 2010(Sabtu).

Antara agenda mesyuarat ialah :

1.  Kata alu-aluan pengerusi

2.  Pengesahan minit mesyuarat penyelerasan akhir

3.  Program Ekspedisi Mendaki Bukit Kasut

4.  Pra-Jambori Bekenu Subis

5.  Hal-hal lain

Perjumpaan seterusnya dijangka akan diadakan pada 2 September 2010 di lokasi yang sama.  Harap maklum.

Perhimpunan Hari Pengakap Sedunia 2010

Pada 1 Ogos 2010 (Ahad), telah berlangsung buat julung kalinya perhimpunan Hari Pengakap Sedunia bertempat di SK Bekenu Sibuti.  Acara dimulakan dengan Laung Agong dan selepas itu disusuli oleh program Pengakap Kanak-Kanak dan Remaja.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Sukaneka, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Lintas Hormat, Pertandingan Memasak, Pertandingan Membina Model Gajet dan sebagainya.

Sebanyak 25 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah dari sekitar Daerah Bekenu, Subis, Miri dan Lambir telah mengikuti perhimpunan berkenaan.  Jumlah sekolah yang banyak bukan sahaja menyemarakkan suasana pada hari tersebut tetapi juga memberi makna kepada aktiviti kepengakapan di daerah ini.  Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ahmad Lai Bin Bujang, Ahli Parlimen P218 Bekenu.  Puan Rosey Binti Yunus, ADUN N61 Bekenu juga turut hadir sama dalam majlis gilang-gemilang tersebut.

JK Induk Program Hari Pengakap Sedunia ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.  Acara penutupan telah disempurnakan oleh En. Marni dari IPGM Miri disusuli dengan upacara penyampaian hadiah bagi para pemenang.

Kita berharap, dengan berjayanya pelaksanaan program ini, dapat memberi semangat untuk semua pemimpin pengakap bergiat aktif dalam aktiviti seterusnya nanti.

Salam 1pengakap kepada semua...

Struktur Organisasi Persatuan Pengakap Bekenu & Subis 2010

Penaung

Tuan Haji Ali Bin Haji Mudin
Pegawai Pelajaran Daerah Subis

Pengerusi

Puan Fauziah Binti Pata
Pesuruhjaya Daerah  Bekenu

Penasihat

Encik Affendi Bin Edi
Penyelia Ko-kurikulum
Pejabat Pelajaran Daerah Subis

Tuan Haji Abang Hamdan Bin Abang Jas
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak
(Tugas-Tugas Khas)

Tuan Bee Bin Li
Pesuruhjaya Kawasan Miri

Tuan Raphael Tiong Mee Cheng
Pesuruhjaya Daerah Subis

Ahli Jawatankuasa

Semua Penolong Pesuruhjaya Daerah Bekenu & Subis

Semua Pemimpin & Penolong Pemimpin Daerah Bekenu & Subis

Ahli-ahli

Semua ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda/Remaja, Pengakap Kelana Daerah Bekenu & Subis

Senarai Pegawai Pengakap Persatuan Pengakap Daerah Bekenu/Subis

Presiden
Yaw Chee Ming, PBS

Pesuruhjaya Kawasan
En. Bee Bin li
(012-8471412)

Pesuruhjaya Daerah Bekenu
Pn. fauziah Binti Pata
(019-8554741)

Penolong Pesuruhjaya Daerah Bekenu

Saudari Suhana Binti Eneng
(019-8860530)

Saudara Nozfairoline Ezwandy Aidil Fitri
(014-5944454)

Saudara Sabri Bin Amin
(013-8140110)

Saudara Ramlee Bin Kamis
(014-5941396)

Saudara Wira Bin Macha
(013-4075281)

Saudara Mohd Sharil Bin Mohammad
(013-9400155)

Saudari Hellen Paya Jok
(014-5888509)

Saudari Martina Sawai
(019-8783235)

Saudara Azizan Abdullah
(017-6653936)

Saudari Salina Binti Omar
(019-8741345)

Pegawai berkenaan bolehlah dihubungi jika terdapat perkara yang ingin kepastian dan keputusan segera.  Harap maklum.

Program & Aktiviti Pengakap 2010

Beberapa Program & Aktiviti telah dirancang serta diatur oleh Persatuan Pengakap Bekenu.  Antaranya :

1.  Pendaftaran Kumpulan dan Keahlian Pengakap (Mei hingga Ogos)

2.  Hari Pengakap Sedunia (1 Ogos 2010 di SK Bekenu Sibuti)

3.  Bengkel Sehari Pemimpin (September)

4.  Ekspedisi Bukit Kasut (16 September 2010)

5.  Kursus Manikayu (September)

6.  District Camp (15-17 oktober 2010)

7.  Unggun Api (Oktober)

8.  Malam Penghargaan Pengakap (30 Oktober 2010)

9.  Jambori 100 tahun Asean ke-3, S'pore ( 4-9 Disember 2010, Sarinbun S'pore)

10. Jambori Asean, Sambas (14-19 Disember 2010, Sambas Pontianak)

Selamat berpengakap kepada semua...

Kelulusan Menjalankan Aktiviti Pengakap Anjuran Pengakap Daerah Bekenu 2010

Surat JPS(W)/SPPK(KK)/153/05/04/02/Jilid 3(39) bertarikh 21 Julai 2010 adalah merujuk kepada perkara tersebut di atas.  Kita bersyukur kerana jabatan kita tiada halangan ke atas usaha kita menganjurkan program dan aktiviti kepengakapan yang telah dirancang.

Walaubagaimanapun, penyertaan murid adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

1.  Mendapat persetujuan daripada Guru Besar/Pengetua sekolah berkenaan

2.  Kebenaran secara bertulis daripada ibu bapa/penjaga mesti diperoleh

3.  Penyertaan murid adalah atas dasar sukarela dan tiada paksaan

4.  Keselamatan dan kebajikan murid hendaklah diutamakan dan menjadi tanggungjawab pihak penganjur

5.  Tindakan kawalan dan pencegahan berkaitan penyakit H1N1 diberi perhatian yang serius

6.  Semua kos yang terlibat ditanggung oleh pihak Persatuan Pengakap Daerah Bekenu serta tiada implikasi kewangan kepada pihak sekolah serta Jabatan Pelajaran.

7.  Pihak sekolah juga diminta memastikan Surat Pelepasan Ibu bapa/Penjaga diperolehi dan SPI Bil.24/1998 KPM sebelum murid-murid menyertai program dan aktiviti berpengakap diperolehi dan dipatuhi.

Pendaftaran Keahlian Tahunan Pengakap 2010

Rujukan surat PPMCS/BS/ADM/01/(04) bertarikh 23 April 2010 tentang perkara tersebut di atas telahpun diedar ke sekolah-sekolah.

Sila ambil maklum dan tindakan segera tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

FAUZIAH BINTI PATA
Pesuruhjaya Daerah Bekenu

Mesyuarat Pemimpin Pengakap Daerah Bekenu & Subis Bil.1/2010

Mesyuarat telah diadakan pada 22 April 2010 bertempat di Makmal Komputer SK Bekenu Sibuti pada pukul 3.00 petang.  Antara agenda yang dibangkitkan ialah :

01/pengakap 1/2010 Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis - Pn Fauziah Binti Pata (Pesuruhjaya Daerah Bekenu)

02/pengakap1/2010 Penerangan Mengenai perkembangan PPM Daerah Miri oleh En. Bee Bin Li (Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Miri)

03/pengakap 1/2010 Perlantikan Penolong Pesuruhjaya Daerah

04/pengakap1/2010 Pendaftaran Kumpulan Pengakap & Keahlian Tahunan Pengakap 2010

05/pengakap 1/2010 Hal-hal Lain

Ini merupakan siri pertama mesyuarat buat julung kali diadakan setelah sekian lama Persatuan Pengakap di sekolah-sekolah sekitar Bekenu dan Subis menjalankan aktiviti sendirian di stesyen masing-masing.

Lencana Pengakap Kelana

Lencana Pengakap Muda/Remaja

Sejarah Pengakap Dunia



Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Biodata BP

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sumber : Malaysia Scouts Movement Portal

Lencana Utama Pengakap Kanak-Kanak

Lencana Keris Gangsa



Lencana Keris Emas
<>
Lencana Keris Perak




Lencana Asas Pengakap Kanak-Kanak V

Ahli Kraftangan




Ahli Pencinta Alam Semulajadi
Ahli Pemeliharaan Alam Sekitar



Lencana Asas Pengakap Kanak-Kanak IV

Ahli Permainan


Ahli Penghibur
Ahli Pengurus Rumah
Ahli Olahraga

Lencana Asas Pengakap Kanak-Kanak III

Ahli Pembaca Buku


Ahli Penyelamat Nyawa
Ahli Pembaca Kompas
Ahli Pelukis

Lencana Asas Pengakap Kanak-Kanak II

Lencana Asas PKK

Ahli Pekerja Am


Ahli Peladang Kecil

Ahli Pertolongan Cemas

Lencana Asas Pengakap kanak-Kanak I

Lencana Asas PKK 


Ahli Basikal


Ahli Renang


Ahli























Ahli Pengembara


Logo Pengakap Dunia

Logo Pengakap Dunia


a.Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.


b.Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

c.Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

d.Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

e.Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

f.Warna putih-kesucian dan kebersihan.

Logo Pengakap Malaysia

Logo Pengakap Malaysia

a.Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.


b.Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

c.Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

d.Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

e.Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.

f.Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

g.Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Lagu-Lagu Pengakap

Yepi, Yey, Yey,Yey,



Yepi, Yey, Yey,Yey,

Yepi, Yey, Yey,Yey.

Saya Pilih Pengakap Saja,

Siang Jadi Kenangan,

Malam Jadi Impian

Cintaku Semakin Mendalam

Lagu Undang-Undang

Dipercayai taat berguna,

Bersahabat berbudi,

Kasihkan binatang menurut perintah,

Tabah hati berjimat, Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan



Kalau rasa gembira


Kalau rasa gembira, tepuk tangan,

Kalau rasa gembira, tepuk tangan,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, tepuk tangan.

Kalau rasa gembira, petik jari,

Kalau rasa gembira, petik jari,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, petik jari.

Kalau rasa gembira, cubit peha,

Kalau rasa gembira, cubit peha,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, cubit peha.

Kalau rasa gembira, hentak kaki,

Kalau rasa gembira, hentak kaki,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, hentak kaki.

Kalau rasa gembira, kata horey,

Kalau rasa gembira, kata horey,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, kata horey.


Selamat Jumpa


Selamat Jumpa, Selamat Jumpa,

Selamat Jumpa Kawanku,

Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku,

Senang Hey, Riang Hey,

Hura, Hure, Hiro,

Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey,

Hura, Hure, Hiro.


Di sini kita berkumpul


Di sini, di sini kita berkumpul,

Di sini, di sini kita berkumpul,

Salam, salam,salam,salam, salam, hoi..

Here we're, here we're Here we're again,

Here we're, here we're Here we're again,

Hello, hello, hello, hello, hello, hoi..

Cai ceni, cai ceni wama chai cehe ni,

Cai ceni, cai ceni wama chai cehe ni,

Auma, auma,auma, auma, auma, hoi…

Engapo, engapo, engapo ring ghe

Engapo, engapo, engapo ring ghe

Manikam, manikam, manikam, manikam, manikam, hoi…

Saya dari Malaysia suka hati,

Saya dari Malaysia suka hati,

Suka, suka, suka, suka, suka hati,

Saya dari Kuala Lumpur suka hati,

Saya dari Kuala Lumpur suka hati,

Suka, suka, suka, suka, suka hati,


Di sini senang, di sana senang


Di sini senang, di sana senang,

Di mana-mana hatiku senang,

Di sini senang, di sana senang,

Di mana-mana hatiku senang,

Saudara, saudari,

La…la…la….la…la..la…la……,

Saudara, saudari,

La…la…la….la…la..la…la……

Persetiaan & Undang-Undang Pengakap

Melafazkan “Persetiaan Pengakap” dan memahami “Undang-Undang Pengakap”.



PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya

Saya berjanji dan bersetia

Yang saya dengan seberapa daya upaya saya

Akan taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;

Menolong orang pada setiap masa;

Menurut Undang-Undang Pengakap.



UNDANG-UNDANG PENGAKAP


Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat

Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Sejarah Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).


Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

Secara Ringkasnya:

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Sumber : Malaysia Scout Movement Portal