Friday, January 14, 2011

Selamat Datang 2011


Salam Pengakap untuk semua ahli Pengakap Bekenu/Subis.  2011 datang dengan suasana serba baru, aroma serba harum, rentak serba memungkinkan untuk kita terus berani , teguh, bersatu hati, sepakat dan membuat sehabis baik untuk meneruskan aktiviti kepengakapan di daerah kita.  Bersama-samalah kita membawa kemegahan kepengakapan dengan perancangan yang menarik dan meneruskan perancangan kita yang tertangguh pada tahun lepas.  Moga-moga tahun 2011 ini akan membawa kita ke tingkat yang diharapkan di bawah pimpinan Pesuruhjaya kita yang kita kasihi.